Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

About me

My photo
Jom print baju dengan design anda sendiri, harga murah,tempah sehelai pun diterima!

Followers

Popular Posts

Blog

Friday, May 14, 2010

Perginya Seorang Insan



Video ni tak dapat aku lupakan sampai sekarang,
apabila kehilangan bapa saudara ku,
atau dikenali sebagai Pak Ngah telah pergi buat selama-lamanya..
Pemegianya mengejutkan aku dan sekeluarga,
ini kerana, selama aku mengenali Pak Ngah,
perangainya yang sentiasa ceria dan sering bergurau,
membuatkan aku tidak percaya akan pemergiannya..

Pak Ngah aku bekas tentera darat, orangnya tegas,
tapi baik hati dan peramah..
Kalau dulu masa zaman kanak-kanak,
aku dan adik beradik, cukup takut denganya..
almaklum la bekas tentera, garang tahap harimau..
tapi kalau di fikir-fikirkan balik,
itu lah cara terbaik untuk Pak Ngah
mendidik anak saudaranya, yang degil dan nakal
cam aku nih, hehe..
Bila dewasa, aku suka bergurau dengannya..
seronok.. tapi sekarang......
(menitiskan air mata jap..) heheh..

Hj Othman bin Hj Hamdan atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah
menghembus nafasnya yang terakhir pada hari Selasa,
29. April.2008 pukul 4 pagi..
Beliau meninggal dunia akibat darah tinggi di Hospital Besar Muar..
Pemergian beliau merupakan kehilangan besar
bagi keluarga Hj Hamdan..
Sama-samalah kita doakan agar rohnya ditempatkan bersama
mereka yang beriman..
Amin..

Proses editing video ni mengambil masa dalam 1 hari untuk aku disiapkan..
Video ni, aku ada selitkan sekali dalam VCD 'Ikatan Pertunangan' aku
sebagai video ekstra, sebabnya.. itu lah rakaman terakhir aku
untuk Pak Ngah yang kini terlah pergi buat selama-lamanya..

0 comments:

Post a Comment


X-treme Studio Design by Insight © 2009